PUSAT PEMBELAJARAN. ( NORSHAHIRA BINTI TUKIJO)
PUSAT PEMBELAJARAN.
Pusat
pembelajaran ialah satu ruang di dalam kelas yang mempunyai fokus atau
peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran di dalam bilik darjah. Ruang dalam kelas seharusnya
dibahagikan kepada sudut pembelajaran yang tertentu. Ruang ini dilengkapi
dengan pelbagai bahan-bahan dan juga hiasan untuk menampakkan tempat itu ceria.
Ia dibina dengan hasil
kerjasama dan kreativiti oleh para pelajar dan juga dibantu oleh guru. Tujuan
utama untuk mewujudkan pusat pembelajaran ini adalah untuk memudahkan para
pelajar dan juga guru bagi menjalankan pembelajarn secara formal dan juga tidak
formal di dalam bilik darjah. Di ruang ini biasanya diletakkan buku-buku
pembelajaran supaya memudahkan para pelajar mencari rujukan untuk melaksanakan
sesuatu tugasan. Selain itu, di papan-papan kenyataan juga diletakkan informasi
penting tentang isu semasa dan juga tentang pembelajaran. Kesannya sesi
pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan pelbagai cara supaya
pelajar tidak terlalu bosan ketika guru sedang mengajar.
AKTIVITI
Guru
boleh mengambil inisiatif lain seperti membawa komputer riba untuk meluaskan
pandangan para pelajar dalam mencari maklumat tentang pembelajaran. Contohnya,
guru memberikan aktiviti untuk meneroka pusat pembelajaran daripada sumber atas
talian. Pembelajaran daripada sumber atas talian wujud dari segi aplikasi
E-Learning, E- Pembelajaran dan juga banyak lagi aplikasi yang disediakan oleh
Menteri Pelajaran untuk para pelajar. Aplikasi ini juga dapat dibuka melalui
telefon pintar, jadi para pelajar boleh menjalankan aktiviti pembelajaran
daripada sumber atas talian ini di rumah semasa cuti hari minggu ataupun semasa
cuti persekolahan. Kesannya, pelajar akan mendapat lebih banyak pengetahuan
berdasarkan sumber yang diperolehi di atas talian.
FUNGSI PUSAT
PEMBELAJARAN
Pusat
pembelajaran ini berfungsi sebagai pusat rujukan yang terdiri daripada pelbagai
sumber kepada para pelajar. Pusat pembelajaran ini juga memudahkan guru untuk
melakukan segala aktiviti yang memerlukan semua pelajar untuk melibatkan diri
dalam aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah. Pembelajaran akan menjadi
lebih efektif kerana para pelajar melibatkan diri dan memberikan fokus terhadap
aktiviti yang dijalankan oleh guru. Kesannya, suasana pembelajaran akan menjadi
lebih ceria dan gembira.
PENUBUHAN PUSAT
PEMBELAJARAN
1. FAKTOR PENUBUHAN
i)
Faktor
fizikal
-
Dari
aspek fizikal, pusat pembelajaran mengutamakan tahap fokus para pelajar semasa
berada di dalam kelas. Faktor fizikal seperti kemudahan meja, kerusi, papan kenyataan,
papan putih dan lain-lain harus dilengkapi dengan bahan-bahan pembelajaran yang
efektif.
ii)
Daya
usaha dan kreativiti
-
Pusat
pembelajaran adalah usaha daripada semua pihak yang berada di dalam kelas
termasuklah guru-guru. Segala kelengkapan untuk menubuhkan pusat pembelajaran
diuruskan oleh murid dan guru mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai
contoh, di sudut pusat pembelajran disediakan satu ruang untuk membaca dan juga
menghiasi tempat tersebut ssupaya kelihatan ceria.
2. JENIS PUSAT PEMBELAJARAN
i)
Pusat
pembelajaran langsung
-
Model
pembelajaran langsung (Direct Instruction) adalah model pembelajaran yang
menekankan pada penguasaan konsep atau perubahan perilaku dengan mengutamakan
pendekatan deduktif. Guru berperan sebagai penyampai informasi, dan dalam hal
ini guru perlu menggunakan berbagai media yang sesuai untuk memastikan
murid-murid dapat memahaminya.
ii)
Pusat
pembelajaran terbuka
-
Guru
boleh menghantar dokumen atau media tentang pembelajaran ke aplikasi “whatapps”
yang ada pada telefin bimbit murid-murid. Pendekatan ini akan memudahkan murid
untuk menerima maklumat daripada guru.
iii)
Pusat
pembelajaran kemahiran
-
Model
pembelajaran kemahiran ini dilaksanakan oleh guru untuk melihat tahap kemahiran
murid di dalam kelas.
PANDUAN MEMBINA PUSAT
PEMBELAJARAN.
-
Pastikan
bilik darjah menepati ciri-ciri bilik darjah sebagai contoh abad ke-21.
-
Ubah
susunan tempat duduk dari semasa ke semasa
-
Lengkapi
pusat pembelajaran dengan pelbagai sumber dan bahan.
-
Kenalpasti
tempat unutk mempamerkan hasil kerja murid.
PANDUAN MERANCANG
-
Perlu
mengenalpasti sukatan pembelajaran yang sesuai dijalankan semasa di pusat
pembelajaran
-
Aktiviti
yang telah dirancang haruslah dikenalpasti sebelum ia dilakukan oleh guru.
-
Alat
bahan seperti bahan cetak, bahan bacaan dan juga bahan audio yang perlu
digunakan semasa di pusat pembelajaran haruslah di sediakan agar memudahkan
urusan pembelajaran.
PENGURUSAN PUSAT
PEMBELAJARAN.
-
Ianya
diusahakan bersama-sama antara guru dan juga pelajar.
-
Peranan
guru ialah merancang dan juga menyediakan jadual waktu yang sesuai untuk
penggunaan pusat pembelajaran.
-
Peranan
pelajar pula ialah melantik ketua kumpulan supaya segala tugas yang diberikan
oleh guru dapat dijalankan dengan baik secara bersama-sama.
PENGURUSAN PUSAT
PEMBELAJARAN
-
Pusat
pembelajaran di dalam kelas diuruskan oleh guru dan juga murid.
-
Peranan
guru dalam menguruskan pusat pembelajaran ialah:
i)
Guru
perlu merancang dan juga menyediakan jadual waktu untuk menggunakan pusat
pembelajaran.
ii)
Keselamatan
dan juga kebersihan pusat pembelajaran haruslah dipantau setiap masa agar murid
lebih selesa.
iii)
Bahan
dan alatan di pusat pembelajaran haruslah di senaraikan supaya tiada kehilangan
barang berlaku.
-
Peranan
murid pula:
i)
Ketua
kumpulan perlu dilantik bagi memantau dan mengarahkan ahli kumpulan bekerjasama
dalam menyelesaikan setiap tugasan.
ii)
Sentiasa
mengikut arahan yang telah diberikan oleh guru ketika sedang menggunakan pusat
pembelajaran tersebut.
iii)
Menjaga
alatan dan barang yang terdapat di pusat pembelajaran supaya tidak rosak
ataupun hilang kerana itu adalah tanggungjawab murid-murid di dalam kelas
RUMUSAN
Kesimpulannya,
pusat pembelajaran ini diwujudkan berdasarkan kerjasama antara guru dan juga
murid di dalam kelas. Oleh itu, mereka akan lebih mengenali dan memahami
sesuatu pembelajaran berdasarkan cara efektif ini. Pusat pembelajaran ini akan membuat
suasana pembelajaran murid di dalam kelas lebih seronok dan juga ceria.
Info tambahan:
2. Aktiviti Pengajaran individu https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-individu.html
3. Aktiviti Pengajaran Berkumpulan https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-berkumpulan.html
4. Penyedian Bahan Bantuan Mengajar https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/penyediaan-bahan-bantu-mengajar.html
No comments:
Post a Comment