
PENGENALAN
Aktiviti pengajaran berkumpulan adalah suatu kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengajaran berkumpulan merupakan unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai-nilai yang sama dan saling bergantung antara mereka. Pengajaran secara berkumpulan dari sudut pendidikan terdiri daripada satu kelompok atau pasukan yang mengandungi beberapa orang murid yang bertingkah laku sama terlibat dalam proses pembelajaran. Kumpulan dibentuk berdasarkan minat dan kebolehan murid, arah keupayaan dan persahabatan. Keahlian dalam sesuatu kumpulan boleh berubah-ubah mengikut keperluan. Di samping itu, aktiviti pengajaran berkumpulan juga berlaku kerjasama dan muafakat antara guru dengan murid dan murid dengan murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.
TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN
- Idea dan pemikiran dapat dikongsi
- Mudah menerima pelajaran, meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak, dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat.
- Boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan.
- Boleh mengurangkan perbelanjaan. Hal ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama.
- Dapat menilai tahap pencapaian diri.
- Mewujujudkan persaingan yang sihat.
- Meningkatkan motivasi untuk belajar dan berusaha untuk menjadi lebih.
PRINSIP PENGAJARAN BERKUMPULAN
- Guru bersedia menghadapi pelbagai situasi.
- Perhatian sama rata kepada semua kumpulan.
- Penerangan bagi tugasan.
- Aktiviti dirancang terlebih dahulu.
ORGANISASI PENGAJARAN BERKUMPULAN
A. JENIS DAN BENTUK KUMPULAN
1. KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
i. Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
ii. Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
iii. Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.
2. KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN
i. Terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kelompok.
ii. Tidak dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana dan lemah tetapi dinamai mengikut nama aktiviti, tugasan atau sebagainya.
iii. Dibentuk berdasarkan tugasan yang diberi.
iv. Kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
3. KUMPULAN MENGIKUT MINAT
i. Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid.
ii. Mata pelajaran Pendidikan Seni dan Muzik.
iii. Bersifat kekal atau sementara berdasarkan aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.
B. BENTUK ATAU CORAK INTERAKSI MURID DALAM KUMPULAN
1. INTERAKSI SATU HALA
i. Melantik ketua bagi melicinkan aktiviti berkumpulan.
2. INTERAKSI DUA HALA
i. Interaksi dua hala antara ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan ahli kumpulan.
ii. Interaksi dua hala iaitu interaksi antara ahli-ahli dalam kumpulan kecil, dan interaksi antara ahli-ahli satu kumpulan kecil dengan ahli-ahli kumpulan kecil yang lain berinteraksi sesama kumpulan dengan ketua kumpulan.
iii. Ciri-ciri:
- Interaksi sebegini mampu memupuk nilai positif seperti bekerjasama, menghormati, toleransi, perpaduan.
- Dalam keadaan ini, pelajar yang takut, malu dengan kehadiran guru boleh dan mampu berinteraksi degan aktif dengan rakan lain.
- Sesi sumbang saran sebegini mampu menjana idea yang berkualiti daripada pelajar.
C. PENGURUSAN FIZIKAL KELAS
1. BILIK DARJAH KBSR
i. Menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid.
ii. Membantu murid lemah dan mengembangkan lagi kebolehan murid-murid.
iii. Susunan kerusi dan meja adalah mengikut kumpulan
iv. Saiz kerusi dan meja perlu sesuai dengan ketinggian murid-murid.
2. BILIK DARJAH KBSM
i. Susunan meja dan kerusi berbentuk kumpulan.
ii. Guru mudah membantu murid dalam pelajaran.
FAKTOR AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN YANG BERKESAN
1. BEKERJASAMA
- Murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan saling bergantungan untuk berjaya.
2. TANGGUNGJAWAB BERSAMA
- Murid bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan dan menghargai sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain.
3. PENGLIBATAN SEIMBANG
- Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan berdasarkan keupayaan murid.
4. BERTOLAK ANSUR
- Murid dapat menerima dan menghormati pandangan orang lain. Bersikap fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama.
KEKANGAN AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN
- Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid.
- Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran.
- Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh.
- Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi
- Sesetengah pelajar mungkin berasa tidak selesa berada di tempat semasa perbincangan keseluruhan kumpulan.
RUJUKAN:
https://www.slideshare.net/syahsyukur/pengurusan-bilik-darjah-81608673
Berikut merupakan link blog ahli kumpulan saya:
1. https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pengurusan-sumber.html
2. https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-individu.html
3. https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pusat-pembelajaran.html
4. https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/penyediaan-bahan-bantu-mengajar.html
Berikut merupakan link blog ahli kumpulan saya:
1. https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pengurusan-sumber.html
2. https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-individu.html
3. https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pusat-pembelajaran.html
4. https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/penyediaan-bahan-bantu-mengajar.html
No comments:
Post a Comment