PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
PENYEDIAAN BAHAN
Pendidikan
merupakan salah satu perkara yang penting dalam dunia ini. Tanpa pendidikan,
masyarakat tidak mempunyai Ilmu pengetahuan yang meluas. Kepentingan pendidikan
tidak dapat disangkal lagi melalui peningkatan bilangan orang yang cerdik
pandai pada masa kini. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan
boleh menarik minat para pelajar untuk belajar. Hal ini dapat dilaksanakan
melalui penggunaan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) supaya sesi PdP menjadi lebih
menarik lagi. BBM merupakan semua bahan yang digunakan sewaktu sesi PdP bagi
mencapai objektif pengajaran tersebut. Bahan bantu mengajar perlu diaplikasi
mengikut situasi pembelajaran, sumber yang ada serta mengambil kira tentang
tahap pelajar. Melalui penggunaan BBM, sesi PdP akan menjadi lebih menarik di
samping mendorong para pelajar untuk lebih berminat untuk menuntut ilmu.
KEPENTINGAN DAN TUJUAN PENGGUNAAN BBM
Berikut
merupakan antara kepentingan dan tujuan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
dalam pendidikan masa kini :
1. Dapat meningkatkan lagi minat pelajar untuk terus menuntut ilmu.
2. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar.
3. Lebih mudah untuk diingati dan difahami oleh pelajar.
4. Memudahkan kerja guru bagi menyediakan banyak bahan.
5. Mengelakkan rasa bosan pada waktu sesi PdP.
6. Dapat memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam.
7. Dapat mengatasi masalah kekangan masa oleh pengajar.
8. Memudahkan pelajar untuk mengaplikasi pelajaran dalam kehidupan.
9. Mempengaruhi pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif.
10. Melatih pelajar untuk mempunyai ilmu asas dan cekap dalam bidang IT.
JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
Jenis
BBM terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Bahan elektronik seperti menggunakan komputer, internet, projektor LCD atau pita rakaman
video.
2. Bahan bukan elektronik seperti carta, grafik, papan pengajaran, majalah, risalah, gambar dan banyak lagi.
3. Bahan yang berasaskan pengalaman semulajadi seperti lawatan, projek pameran dan lakonan.
PENYEDIAAN BAHAN MENGGUNAKAN
TEKNOLOGI
Seiring
dengan zaman, penggunaan teknologi amat memudahkan urusan seharian kita. Hal
ini dikatakan demikian kerana, melalui penggunaan teknologi, banyak perkara
yang dapat dijimatkan seperti masa dan tenaga. Antara cara penyediaan bahan
menggunakan teknologi ialah :
1. Melakukan carian maklumat menggunakan kata kunci.
2. Melakukan pengajaran secara atas talian.
3. Mengemaskini maklumat atau kerja menggunakan aplikasi di atas talian.
4. Memberikan tugasan secara atas talian.
5. Mencari malumat dengan lebih meluas.
MENGAPLIKASI BAHAN BANTU MENGAJAR
(BBM) DALAM SESI PENGAJARAN
1. Mengenalpasti topik yang akan diajarkan dan memastikan BBM yang digunakan berkait rapat dengan topik tersebut.
2. Menyediakan BBM menggunakan kreativiti sendiri.
3. Menyediakan bahan yang mudah, tepat dan cepat untuk disampaikan di samping pelajar mudah untuk menerima.
4. Menyediakan gambar yang berwarna bagi menarik minat murid-murid untuk fokus sewaktu pengajaran.
5. Menggunakan bahan yang mempunyai nilai-nilai murni dan positif.
6. Menyediakan bahan yang senang digunakan supaya sesi PdP menjadi lebih mudah dan berkesan.
KESAN PENGGUNAAN BBM DALAM SESI PdP
Setiap
perkara atau tindakan yang dilakukan perlu dinilai kesannya sama ada terhadap
pelajar mahupun guru. Antara kesan penggunaan BBM dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) ialah :
1. Pelajar akan menjadi lebih berminat untuk belajar.
2. Segala fakta yang hendak disampaikan dapat diterima secara baik oleh para pelajar.
3. Maklumat yang hendak disampaikan menjadi lebih jelas dan mudah difahami.
4. Aktiviti pembelajaran dan corak pengajaran menjadi lebih menarik.
5. Pelajar akan menjadi lebih fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
Jika
kita perhatikan, bahan bantu mengajar ini menjadikan setiap urusan pengajar
menjadi lebih mudah dan cepat. Namun, terdapat juga kelemahan penggunaan BBM
ini jika tidak dipilih dan dilakukan dengan betul. Antara kelemahan yang dapat
dilihat ialah melalui :
1. Kurang kemahiran menggunakan teknologi bagi pengajar.
2. Pengajar membuat pemilihan BBM yang salah.
3. Sukar menyediakan BBM yang menarik dan mudah menjadikan masa yang diambil terlalu lama sama ada dalam penyediaan mahupun pengajaran.
4. Memakan kos yang besar jika tidak diuruskan dengan betul.
CARA MENGATASI KELEMAHAN PENGGUNAAN
BBM
Setiap
masalah yang dihadapi pasti mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik. Berikut
merupakan cara mengatasi kelemahan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) :
1. Pengajar perlu mengikut peredaran zaman yang semakin canggih.
2. Pengajar boleh mengikuti seminar atau kursus khas bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi.
3. Pengajar membuat perancangan penggunaan BBM dengan lebih awal agar penyusunan bahan yang akan digunakan menjadi lebih sistematik.
4. Pengajar boleh melakukan rujukan atau belajar melalui video-video di atas talian.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
wujudnya Bahan Bantu Mengajar (BBM) menjadikan sesebuah sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) lebih menarik dan mudah sesuai dengan tujuan BBM itu
sendiri. Namun, pengajar perlu mahir dalam menentukan dan memilih BBM yang
sesuai mengikut keadaan dan topik yang hendak diajarkan agar tidak berlaku kesilapan sewaktu memilih atau menggunakan BBM.
Nota tambahan :
Boleh
rujuk link yang disenaraikan dibawah sebagai nota tambahan, terima
kasih.
https://cekgucekgu5.wixsite.com/mysite/jenis-jenis-bahan-pengajaran
https://www.kaji.my/bahan-bahan-pengajaran/
https://sites.google.com/site/historiesteam/home/abm---alat-bantu-mengajar
Saya sertakan link ahli kumpulan yang lain mengikut subtopik :
1. Pengurusan sumber - https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pengurusan-sumber.html
2. Aktiviti pengajaran individu - https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-individu.html
3. Aktiviti pengajaran berkumpulan - https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-berkumpulan.html
4. Pusat pembelajaran - https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pusat-pembelajaran.html
No comments:
Post a Comment