Saturday, June 20, 2020

PENGURUSAN SUMBER (AN'NUR JANNAH BINTI ALI ALLAH)

1. PENDAHULUAN
Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut (Buck, 2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan.
Sumber pula membawa maksud sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu, sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya dari alam atau semulajadi, manusia, serta kewangan dan teknologi. Oleh itu, sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam kehidupan dan ada kaitan juga dengan pengurusan. Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology) 2008, meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk gabungan, biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar.
Pendek kata, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar daripada maksud sebenar maklumat tersebut.


2. ISI PENTING
2.0    Objektif pusat sumber
•         Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek.
•         Memupuk kemahiran menggunakan bahan pusat sumber.
•         Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik.
•         Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk pengajaran.
•         Membantu memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan.

2.1    Fungsi pengurusan sumber
-  Pusat profesional
Contohnya: Aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan.
-  Pusat perkembangan idea dan kreativiti
Contohnya: Mengadakan satu pertandingan nilam dan sebagainya untuk para pelajar.
-  Mengisi masa lapang
Contohnya: Para pelajar dapat berkumpul di sana pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran.
-  Pusat kegiatan belajar dan mengajar
Contohnya: Para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran.

2.2    Ciri-ciri pusat sumber
o   Menyeronokan murid
o   Menjimatkan masa
o   Sumber rujukan senang diperoleh
o   Kesesuaian tempat
o   Mempelbagaikan kegiatan murid

2.3    Komponen pengurusan sumber
-  Pengurusan infrastuktur
-  Pengurusan sumber manusia
-  Pengurusan kewangan
-  Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
-  Pengurusan pusat sumber

2.4     Jenis sumber pembelajaran
Sumber asas
Contohnya: buku, majalah
Sumber rujukan elektronik
Contohnya: rujukan online
Sumber elektronik
Contohnya: menggunakan teknologi ict
Sumber pengalaman
Contohnya: lawatan dan sebagainya.

2.5    Cara penggunaan sumber pembelajaran
Sesuai dengan situasi pembelajaran
Merancang penggunaan sumber pembelajaran
Membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran berpusatkan murid

2.6    Komponen pembelajaran berasaskan sumber
buku teks
aktiviti penelitian
pencarian bahan dari pelbagai sumber
latihan penyelesaian masalah
penggunaan alat pandang dengar

2.7    Kepentingan pengurusan sumber
merangsang minat pelajar
menyediakan pengalaman sebenar
melibatkan pelajar belajar secara aktif
memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat


3.      RUMUSAN
Pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

  
4.      RUJUKAN
https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber
Rujukan Abdul Aziz Yusof (2004).
Pearson Prentice Hall. Abdul Aziz Yusof (2007).
London: Kogan Page Limited. Buck, Frank (2010).
New York: Eye on-Education. Cari Ilmu Online Borneo (2010)

Saturday, June 13, 2020

AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU ( NUR ZAFIRA BINTI ZAZALI)

AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU
Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasan murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU
Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka.
Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini dan ianya dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan.
 Pengawasan yang baik akan meningkatkan potensi pelajar.
Pengajaran individu boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang kecil.
Guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang meransang murid untuk belajar.
Murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.

OBJEKTIF 
Murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing
Murid mendapat panduan khusus daripada guru atau rakan sebaya
Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri
Murid dapat keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar
Murid mempunyai daya usaha untuk belajar dengan sendiri

CONTOH PENGAJARAN INDIVIDU 
Pengajaran bantuan computer 
Tutor
Pengajaran jarak jauh                         
 
FAKTOR MEMPENGARUHI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU 
 1. Murid
2.  Aktiviti
3.  Masa
4.  Bahan
5.  Ruang
RUJUKAN https://myguru.upsi.edu.my/documents/2019/courses/KPS3014/material/K01947_20190408135032_TOPIK%206%20PENGURUSAN%20BILIK%20DARJAH.pdf https://www.slideshare.net/mobile/mohmadariff/pengajaran-individu saya sertakan link ahli kumpulan : 1. Pengurusan Sumber https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pengurusan-sumber.html 2. pusat pembelajaran https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pusat-pembelajaran.html?m=1 3. Aktiviti Pengajaran Berkumpulan https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-berkumpulan.html 4. Penyedian Bahan Bantuan Mengajar https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/penyediaan-bahan-bantu-mengajar.html

Friday, June 12, 2020

AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN ('AIN ZHULAIKA BINTI CHE MANSOR)



PENGENALAN
Aktiviti pengajaran berkumpulan adalah suatu kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengajaran berkumpulan merupakan unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai-nilai yang sama dan saling bergantung antara mereka. Pengajaran secara berkumpulan dari sudut pendidikan terdiri daripada satu kelompok atau pasukan yang mengandungi beberapa orang murid yang bertingkah laku sama terlibat dalam proses pembelajaran. Kumpulan dibentuk berdasarkan minat dan kebolehan murid, arah keupayaan dan persahabatan. Keahlian dalam sesuatu kumpulan boleh berubah-ubah mengikut keperluan. Di samping itu, aktiviti pengajaran berkumpulan juga berlaku kerjasama dan muafakat antara guru dengan murid dan murid dengan murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.

TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN
  1. Idea dan pemikiran dapat dikongsi
  2. Mudah menerima pelajaran, meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak, dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat.
  3. Boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan.
  4. Boleh mengurangkan perbelanjaan. Hal ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama.
  5. Dapat menilai tahap pencapaian diri.
  6. Mewujujudkan persaingan yang sihat.
  7. Meningkatkan motivasi untuk belajar dan berusaha untuk menjadi lebih.

PRINSIP PENGAJARAN BERKUMPULAN
  1. Guru bersedia menghadapi pelbagai situasi.
  2. Perhatian sama rata kepada semua kumpulan.
  3. Penerangan bagi tugasan.
  4. Aktiviti dirancang terlebih dahulu.

ORGANISASI PENGAJARAN BERKUMPULAN
A. JENIS DAN BENTUK KUMPULAN
1. KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
i. Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
ii. Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
iii. Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.

2. KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN
i. Terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kelompok.
ii. Tidak dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana dan lemah tetapi dinamai mengikut nama aktiviti, tugasan atau sebagainya.
iii. Dibentuk berdasarkan tugasan yang diberi.
iv. Kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

3. KUMPULAN MENGIKUT MINAT
i. Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid.
ii. Mata pelajaran Pendidikan Seni dan Muzik.
iii. Bersifat kekal atau sementara berdasarkan aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.

B. BENTUK ATAU CORAK INTERAKSI MURID DALAM KUMPULAN
1. INTERAKSI SATU HALA
i. Melantik ketua bagi melicinkan aktiviti berkumpulan.

2. INTERAKSI DUA HALA
i. Interaksi  dua hala antara ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan ahli kumpulan.
ii. Interaksi dua hala iaitu interaksi antara ahli-ahli dalam kumpulan kecil, dan interaksi antara ahli-ahli satu kumpulan kecil dengan ahli-ahli kumpulan kecil yang lain berinteraksi sesama kumpulan dengan ketua kumpulan.
iii. Ciri-ciri:


  • Interaksi sebegini mampu memupuk nilai positif seperti bekerjasama, menghormati, toleransi, perpaduan.
  • Dalam keadaan ini, pelajar yang takut, malu dengan kehadiran guru boleh dan mampu berinteraksi degan aktif dengan rakan lain.
  • Sesi sumbang saran sebegini mampu menjana idea yang berkualiti daripada pelajar.
C. PENGURUSAN FIZIKAL KELAS
1. BILIK DARJAH KBSR
i. Menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid.
ii. Membantu murid lemah dan mengembangkan lagi kebolehan murid-murid.
iii. Susunan kerusi dan meja adalah mengikut kumpulan
iv. Saiz kerusi dan meja perlu sesuai dengan ketinggian murid-murid.

2. BILIK DARJAH KBSM
i. Susunan meja dan kerusi berbentuk kumpulan.
ii. Guru mudah membantu murid dalam pelajaran.

FAKTOR AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN YANG BERKESAN
1. BEKERJASAMA


  • Murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan saling bergantungan untuk berjaya.
2. TANGGUNGJAWAB BERSAMA


  • Murid bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan dan menghargai sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain.
3. PENGLIBATAN SEIMBANG


  • Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan berdasarkan keupayaan murid.
4. BERTOLAK ANSUR


  • Murid dapat menerima dan menghormati pandangan orang lain. Bersikap fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama.

KEKANGAN AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN

  • Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid.
  • Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran.
  • Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh.
  • Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi 
  • Sesetengah pelajar mungkin berasa tidak selesa berada di tempat semasa perbincangan keseluruhan kumpulan.

RUJUKAN:


Tuesday, June 9, 2020


PUSAT PEMBELAJARAN.  ( NORSHAHIRA BINTI TUKIJO)






PUSAT PEMBELAJARAN. 
Pusat pembelajaran ialah satu ruang di dalam kelas yang mempunyai fokus atau peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran di dalam bilik darjah. Ruang dalam kelas seharusnya dibahagikan kepada sudut pembelajaran yang tertentu. Ruang ini dilengkapi dengan pelbagai bahan-bahan dan juga hiasan untuk menampakkan tempat itu ceria. Ia dibina dengan hasil kerjasama dan kreativiti oleh para pelajar dan juga dibantu oleh guru. Tujuan utama untuk mewujudkan pusat pembelajaran ini adalah untuk memudahkan para pelajar dan juga guru bagi menjalankan pembelajarn secara formal dan juga tidak formal di dalam bilik darjah. Di ruang ini biasanya diletakkan buku-buku pembelajaran supaya memudahkan para pelajar mencari rujukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Selain itu, di papan-papan kenyataan juga diletakkan informasi penting tentang isu semasa dan juga tentang pembelajaran. Kesannya sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan pelbagai cara supaya pelajar tidak terlalu bosan ketika guru sedang mengajar.
AKTIVITI
Guru boleh mengambil inisiatif lain seperti membawa komputer riba untuk meluaskan pandangan para pelajar dalam mencari maklumat tentang pembelajaran. Contohnya, guru memberikan aktiviti untuk meneroka pusat pembelajaran daripada sumber atas talian. Pembelajaran daripada sumber atas talian wujud dari segi aplikasi E-Learning, E- Pembelajaran dan juga banyak lagi aplikasi yang disediakan oleh Menteri Pelajaran untuk para pelajar. Aplikasi ini juga dapat dibuka melalui telefon pintar, jadi para pelajar boleh menjalankan aktiviti pembelajaran daripada sumber atas talian ini di rumah semasa cuti hari minggu ataupun semasa cuti persekolahan. Kesannya, pelajar akan mendapat lebih banyak pengetahuan berdasarkan sumber yang diperolehi di atas talian.
FUNGSI PUSAT PEMBELAJARAN
Pusat pembelajaran ini berfungsi sebagai pusat rujukan yang terdiri daripada pelbagai sumber kepada para pelajar. Pusat pembelajaran ini juga memudahkan guru untuk melakukan segala aktiviti yang memerlukan semua pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah. Pembelajaran akan menjadi lebih efektif kerana para pelajar melibatkan diri dan memberikan fokus terhadap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Kesannya, suasana pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan gembira.
PENUBUHAN PUSAT PEMBELAJARAN
1.       FAKTOR PENUBUHAN

i)                    Faktor fizikal
-          Dari aspek fizikal, pusat pembelajaran mengutamakan tahap fokus para pelajar semasa berada di dalam kelas. Faktor fizikal seperti kemudahan meja, kerusi, papan kenyataan, papan putih dan lain-lain harus dilengkapi dengan bahan-bahan pembelajaran yang efektif.
ii)                  Daya usaha dan kreativiti
-          Pusat pembelajaran adalah usaha daripada semua pihak yang berada di dalam kelas termasuklah guru-guru. Segala kelengkapan untuk menubuhkan pusat pembelajaran diuruskan oleh murid dan guru mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai contoh, di sudut pusat pembelajran disediakan satu ruang untuk membaca dan juga menghiasi tempat tersebut ssupaya kelihatan ceria.

2.       JENIS PUSAT PEMBELAJARAN
i)                    Pusat pembelajaran langsung
-          Model pembelajaran langsung (Direct Instruction) adalah model pembelajaran yang menekankan pada penguasaan konsep atau perubahan perilaku dengan mengutamakan pendekatan deduktif. Guru berperan sebagai penyampai informasi, dan dalam hal ini guru perlu menggunakan berbagai media yang sesuai untuk memastikan murid-murid dapat memahaminya.
ii)                  Pusat pembelajaran terbuka
-          Guru boleh menghantar dokumen atau media tentang pembelajaran ke aplikasi “whatapps” yang ada pada telefin bimbit murid-murid. Pendekatan ini akan memudahkan murid untuk menerima maklumat daripada guru.
iii)                Pusat pembelajaran kemahiran
-          Model pembelajaran kemahiran ini dilaksanakan oleh guru untuk melihat tahap kemahiran murid di dalam kelas.

PANDUAN MEMBINA PUSAT PEMBELAJARAN.
-          Pastikan bilik darjah menepati ciri-ciri bilik darjah sebagai contoh abad ke-21.
-          Ubah susunan tempat duduk dari semasa ke semasa
-          Lengkapi pusat pembelajaran dengan pelbagai sumber dan bahan.
-          Kenalpasti tempat unutk mempamerkan hasil kerja murid.
PANDUAN MERANCANG
-          Perlu mengenalpasti sukatan pembelajaran yang sesuai dijalankan semasa di pusat pembelajaran
-          Aktiviti yang telah dirancang haruslah dikenalpasti sebelum ia dilakukan oleh guru.
-          Alat bahan seperti bahan cetak, bahan bacaan dan juga bahan audio yang perlu digunakan semasa di pusat pembelajaran haruslah di sediakan agar memudahkan urusan pembelajaran.
PENGURUSAN PUSAT PEMBELAJARAN.
-          Ianya diusahakan bersama-sama antara guru dan juga pelajar.
-          Peranan guru ialah merancang dan juga menyediakan jadual waktu yang sesuai untuk penggunaan pusat pembelajaran.
-          Peranan pelajar pula ialah melantik ketua kumpulan supaya segala tugas yang diberikan oleh guru dapat dijalankan dengan baik secara bersama-sama.


PENGURUSAN PUSAT PEMBELAJARAN
-          Pusat pembelajaran di dalam kelas diuruskan oleh guru dan juga murid.
-          Peranan guru dalam menguruskan pusat pembelajaran ialah:
i)                    Guru perlu merancang dan juga menyediakan jadual waktu untuk menggunakan pusat pembelajaran.
ii)                  Keselamatan dan juga kebersihan pusat pembelajaran haruslah dipantau setiap masa agar murid lebih selesa.
iii)                Bahan dan alatan di pusat pembelajaran haruslah di senaraikan supaya tiada kehilangan barang berlaku.
-          Peranan murid pula:
i)                    Ketua kumpulan perlu dilantik bagi memantau dan mengarahkan ahli kumpulan bekerjasama dalam menyelesaikan setiap tugasan.
ii)                  Sentiasa mengikut arahan yang telah diberikan oleh guru ketika sedang menggunakan pusat pembelajaran tersebut.
iii)                Menjaga alatan dan barang yang terdapat di pusat pembelajaran supaya tidak rosak ataupun hilang kerana itu adalah tanggungjawab murid-murid di dalam kelas

RUMUSAN
Kesimpulannya, pusat pembelajaran ini diwujudkan berdasarkan kerjasama antara guru dan juga murid di dalam kelas. Oleh itu, mereka akan lebih mengenali dan memahami sesuatu pembelajaran berdasarkan cara efektif ini. Pusat pembelajaran ini akan membuat suasana pembelajaran murid di dalam kelas lebih seronok dan juga ceria.

Info tambahan:
  saya sertakan link ahli kumpulan :


Monday, June 8, 2020

Penyediaan bahan bantu mengajar (NUR FASIHAH NABILAH BT KAMARUDIN)

PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR


PENYEDIAAN BAHAN

Pendidikan merupakan salah satu perkara yang penting dalam dunia ini. Tanpa pendidikan, masyarakat tidak mempunyai Ilmu pengetahuan yang meluas. Kepentingan pendidikan tidak dapat disangkal lagi melalui peningkatan bilangan orang yang cerdik pandai pada masa kini. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan boleh menarik minat para pelajar untuk belajar. Hal ini dapat dilaksanakan melalui penggunaan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) supaya sesi PdP menjadi lebih menarik lagi. BBM merupakan semua bahan yang digunakan sewaktu sesi PdP bagi mencapai objektif pengajaran tersebut. Bahan bantu mengajar perlu diaplikasi mengikut situasi pembelajaran, sumber yang ada serta mengambil kira tentang tahap pelajar. Melalui penggunaan BBM, sesi PdP akan menjadi lebih menarik di samping mendorong para pelajar untuk lebih berminat untuk menuntut ilmu.

 

KEPENTINGAN DAN TUJUAN PENGGUNAAN BBM

Berikut merupakan antara kepentingan dan tujuan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pendidikan masa kini :

1.      Dapat meningkatkan lagi minat pelajar untuk terus menuntut ilmu.

2.      Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar.

3.      Lebih mudah untuk diingati dan difahami oleh pelajar.

4.      Memudahkan kerja guru bagi menyediakan banyak bahan.

5.      Mengelakkan rasa bosan pada waktu sesi PdP.

6.      Dapat memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam.

7.      Dapat mengatasi masalah kekangan masa oleh pengajar.

8.      Memudahkan pelajar untuk mengaplikasi pelajaran dalam kehidupan.

9.      Mempengaruhi pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif.

10.  Melatih pelajar untuk mempunyai ilmu asas dan cekap dalam bidang IT.

 

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR

Jenis BBM terbahagi kepada tiga iaitu:

1.     Bahan elektronik seperti menggunakan komputer, internet, projektor LCD atau pita rakaman 

video.

2.    Bahan bukan elektronik seperti carta, grafik, papan pengajaran, majalah, risalah, gambar dan banyak lagi.

3.    Bahan yang berasaskan pengalaman semulajadi seperti lawatan, projek pameran dan lakonan.


PENYEDIAAN BAHAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Seiring dengan zaman, penggunaan teknologi amat memudahkan urusan seharian kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui penggunaan teknologi, banyak perkara yang dapat dijimatkan seperti masa dan tenaga. Antara cara penyediaan bahan menggunakan teknologi ialah :

1.      Melakukan carian maklumat menggunakan kata kunci.

2.      Melakukan pengajaran secara atas talian.

3.      Mengemaskini maklumat atau kerja menggunakan aplikasi di atas talian.

4.      Memberikan tugasan secara atas talian.

5.      Mencari malumat dengan lebih meluas.

 

MENGAPLIKASI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM SESI PENGAJARAN

1.   Mengenalpasti topik yang akan diajarkan dan memastikan BBM yang digunakan berkait rapat dengan topik tersebut.

2.    Menyediakan BBM menggunakan kreativiti sendiri.

3.   Menyediakan bahan yang mudah, tepat dan cepat untuk disampaikan di samping pelajar mudah untuk menerima.

4.  Menyediakan gambar yang berwarna bagi menarik minat murid-murid untuk fokus sewaktu pengajaran.

5.    Menggunakan bahan yang mempunyai nilai-nilai murni dan positif.

6.    Menyediakan bahan yang senang digunakan supaya sesi PdP menjadi lebih mudah dan berkesan.

 

KESAN PENGGUNAAN BBM DALAM SESI PdP

Setiap perkara atau tindakan yang dilakukan perlu dinilai kesannya sama ada terhadap pelajar mahupun guru. Antara kesan penggunaan BBM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) ialah :

1.      Pelajar akan menjadi lebih berminat untuk belajar.

2.      Segala fakta yang hendak disampaikan dapat diterima secara baik oleh para pelajar.

3.      Maklumat yang hendak disampaikan menjadi lebih jelas dan mudah difahami.

4.      Aktiviti pembelajaran dan corak pengajaran menjadi lebih menarik. 

5.      Pelajar akan menjadi lebih fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran 


 KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Jika kita perhatikan, bahan bantu mengajar ini menjadikan setiap urusan pengajar menjadi lebih mudah dan cepat. Namun, terdapat juga kelemahan penggunaan BBM ini jika tidak dipilih dan dilakukan dengan betul. Antara kelemahan yang dapat dilihat ialah melalui :

1.    Kurang kemahiran menggunakan teknologi bagi pengajar.

2.    Pengajar membuat pemilihan BBM yang salah.

3.   Sukar menyediakan BBM yang menarik dan mudah menjadikan masa yang diambil terlalu lama sama ada dalam penyediaan mahupun pengajaran.

4.    Memakan kos yang besar jika tidak diuruskan dengan betul.

 

CARA MENGATASI KELEMAHAN PENGGUNAAN BBM

Setiap masalah yang dihadapi pasti mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik. Berikut merupakan cara mengatasi kelemahan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) :

1.    Pengajar perlu mengikut peredaran zaman yang semakin canggih.

2.   Pengajar boleh mengikuti seminar atau kursus khas bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan  dalam bidang teknologi.

3.  Pengajar membuat perancangan penggunaan BBM dengan lebih awal agar penyusunan bahan yang akan digunakan menjadi lebih sistematik.

4.   Pengajar boleh melakukan rujukan atau belajar melalui video-video di atas talian.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, wujudnya Bahan Bantu Mengajar (BBM) menjadikan sesebuah sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih menarik dan mudah sesuai dengan tujuan BBM itu sendiri. Namun, pengajar perlu mahir dalam menentukan dan memilih BBM yang sesuai mengikut keadaan dan topik yang hendak diajarkan agar tidak berlaku kesilapan sewaktu memilih atau menggunakan BBM. 


 

Nota tambahan :

Boleh rujuk link yang disenaraikan dibawah sebagai nota tambahan, terima kasih.

https://cekgucekgu5.wixsite.com/mysite/jenis-jenis-bahan-pengajaran

https://www.kaji.my/bahan-bahan-pengajaran/

https://sites.google.com/site/historiesteam/home/abm---alat-bantu-mengajar

https://youtu.be/RtDpQkhYRAM


Saya sertakan link ahli kumpulan yang lain mengikut subtopik :

1. Pengurusan sumber - https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pengurusan-sumber.html

2. Aktiviti pengajaran individu - https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-individu.html

3. Aktiviti pengajaran berkumpulan - https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/aktiviti-pengajaran-berkumpulan.html

4. Pusat pembelajaran - https://kumpulan5pengurusanbilikdarjah.blogspot.com/2020/06/pusat-pembelajaran.html